cinta manusia,
penuh dengan khayalan,
dunia cinta penuh dengan kaalpaan,
yang akhirnya membuatkan kita terjunam dalam kegelapan.
cinta manusia,
pengakhirannya adalah sesuatu yang penuh kecewa,
kerana cinta manusia hanya bersifat sementara,
tiada abadi, tiada yang kekal selamanya.
cinta manusia,
sungguh, manis mulut si jejeka berbicara,
tetapi semuanya bohong belaka,
kerana janji yang dinyatakan tiada kebenaran.
cinta manusia,
cinta yang penuh dengan fantasi duniawi bersifat sementara,
sungguh manis di permulaannya,
tetapi penghujungnya hanyalah sebuah penyeksaan selamanya.
cinta ilahi,
sungguhku rindu,
sungguhku ingin mengecapinay,
sungguhku ingin mengecapi cinta abadi dari Nya.
ya Rabbi, ya Tuhan kami,
alangkah kesalnya aku,
alangkah sakitnya hatiku..
selepas kutahui yang selama ini ku jauh dari Mu,
sungguhku sesali,kerana melanggar perintahmu,
dan lalai dalam duniawi yangpalsu..
